CONTOH RPH SAINS


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.
OBJEKTIVISME.

Tarikh / hari           :  Rabu                                                                   Masa          : 9.45 pagi – 10.45 pagi
Kelas                    :  6 Mesra                                                                Bil. Pelajar :   32 orang.
Mata pelajaran      :  Sains
Tajuk                    :  Penjerukan mangga.
Objektif                :  Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
 1.menyatakan mangga boleh diawet dengan cara penjerukan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat makanan yang telah dijeruk.

Nilai                     :   i. Bersikap teliti.
                                ii. Mengamalkan kebersihan.
                               iii. Bekerjasama.
                              
Kemahiran Proses Sains: i. Memerhati.
 (KPS)                             ii. Membuat inferens.
                                       iii. Berkomunikasi.
                                       iv. Mengekperimen.

Langkah / masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Langkah 1
Set Induksi
( 5 Minit )

Makanan boleh diawet supaya tahan lama.

1. Guru memanggil wakil kumpulan menyentuh sebiji mangga yang telah rosak(busuk) yang diletakkan didalam kotak.

2. Guru memanggil pula wakil kumpulan yang lain untuk menghidu buah mangga tersebut.

3. Guru bertanyakan soalan kepada murid :
a. Apakah yang telah kamu sentuh dan apa yang kamu rasa?
b. Apakah bau yang dapat kamu hidu?
c. Apakah yang boleh kamu lakukan supaya buah ini tahan lebih lama?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.


1. Wakil kumpulan murid ke hadapan dan menyentuh buah mangga yang berada di dalam kotak.

2. Wakil kumpulan murid ke hadapan dan menghidu buah mangga di dalam kotak.

3. Murid-murid lain memerhati dengan teliti.

4. Murid menjawab soalan yang diajukan.

BBM
- Buah mangga yang telah rosak (busuk).
- Kotak.

KPS
-Memerhati.
- Membuat inferens.
- Berkomunikasi.

KBKK
-Memberi pendapat.
-Membanding dan membeza.
-Menjana idea.

Langkah 2
( 20 minit )

Buah mangga boleh diawet dengan cara penjerukan, pendinginan, pengeringan dan pengasinan.


1. Guru memberi penerangan tentang pelbagai cara untuk mengawet buah mangga.

2. Guru mengemukakan soalan dari masa ke semasa sepanjang penerangan.


1. Murid mendengar dengan teliti.

2. Murid menjawab soalan guru berpandukan slaid yang dipaparkan.

BBM
Slaid (Powerpoint).

KPS
-Memerhati.
-Berkomunikasi.

KBKK
-Menjana idea.
-Menghubungkait.

NILAI
-Bersikap teliti.
-


Langkah 3
( 30 minit )


Mengawet buah mangga dengan cara penjerukan


1. Guru mengarahkan murir-murid berada di dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

2. Guru mengarahkan ketua kumpulan untuk mengambil kad eksperimen dan bahan-bahan untuk eksperimen.

2. Guru mengedarkan kad eksperimen dan bahan-bahan eksperimen.

3. Guru menerangkan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen berpandukan kad eksperimen.

4. Guru membimbing murid sepanjang eksperimen dijalankan.

5. Guru menegaskan bahawa hasil eksperimen akan diperolehi selepas 3 hari.


1. Murid-murid berada di dalam kumpulan masing-masing. (5-6 orang satu kumpulan)

2. Ketua kumpulan murid mengambil kad eksperimen dan bahan-bahan eksperimen.

3. Murid-murid menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru.

BBM
-2 biji mangga muda
-1 besen
-1 bikar air suam
-Garam
-Gula
-Pisau
-Botol

KPS
-Mengeksperimen


KBKK
-Mengumpul maklumat.
-Membanding dan membeza.

NILAI
-Bersikap teliti.
-Berkerjasama.
-Mengamalkan kebersihan.

Langkah 4
Penutup
( 5 minit )


Rumusan.

1. Guru membimbing murid membuat rumusan pelajaran dengan mengajukan soalan yang mencapah.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai pengukuhan.


1. Murid menjawab soalan dan mencatat nota.

2. Murid-murid menyiapkan lembaran kerja di rumah.

BBM
-Slaid.
-Lembaran kerja.

KBKK
-Merumus.

Refleksi : ___________________________________________________________________________________________________



RANCANGAN  PELAJARAN  HARIAN.
 KONSTRUKTIVISME.

Tarikh / hari          :  Isnin                                                        Masa          : 9.15 pagi – 10.15 pagi
Kelas                    :  6 Mesra                                                   Bil. Pelajar :   32 orang.
Mata pelajaran     : Sains
Tajuk                    : Kerosakan makanan.
Objektif                : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
                               1. menyatakan kerosakan makanan adalah disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat makanan yang telah rosak.

Nilai                     :   i. Bersikap teliti.
                                ii. Mengamalkan kebersihan.
                               iii. Bekerjasama.

Kemahiran            :   i. Memerhati.
 (KPS)                      ii. Membuat inferens.
                                iii. Berkomunikasi.
                                iv. Mengeksperimen.


LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Langkah 1
Set induksi
( 5 Minit )


Makanan boleh menjadi rosak disebabkan oleh bakteria dan kulat.

1. Di dalam kumpulan, murid menghidu dan menyentuh contoh makanan yang ada di atas meja setiap kumpulan.

2. Secara lisan, murid menyatakan ciri-ciri makanan yang tersebut.

3. Murid menyatakan sebab-sebab makanan tersebut menjadi rosak.

4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran pada hari itu.

BBM
-Air Milo yang telah basi.
-Kari ayam yang telah basi.

KPS
-Memerhati.
-Membuat inferens.
-Berkomunikasi.


KBKK
-Memberi pendapat.
-Menerangkan sebab dan akibat.
-Menjana idea

Langkah 2
( 20 Minit )


Bakteria dan kulat menyebabkan makanan menjadi rosak.


1. Di dalam kumpulan, murid-murid memerhati dan meneliti slaid, carta, kad tugasan dan kad imbasan untuk menyatakan sebab makanan boleh menjadi rosak.

2. Wakil setiap kumpulan, tampil ke hadapan untuk menyatakan sebab makanan boleh menjadi rosak.

3. Guru bertindak sebagai fasilitator.

BBM
1.Slaid (Powerpoint)
2. Carta.
3. Kad imbasan.
4. Kad tugasan.
KPS
-Memerhati.
-Berkomunikasi.

KBKK
-Menjana idea.
-Menghubungkait.



Langkah 3
( 30 Minit )


Aktiviti bakteria dan kulat menyebabkan menjadi rosak.

1. Wakil kumpulan murid mendapatkan kad eksperimen dan bahan-bahan eksperimen.

2. Di dalam kumpulan murid menjalankan jalankan eksperimen untuk membuktikan makanan menjadi rosak akibat dari aktiviti bakteria dan kulat.

3. Guru memastikan murid bekerjasama dan bertindak sebagai fasilitator.







BBM
-2 keping roti.
-2 bekas plastik.
-1 bikar air
-penitis.

KPS
-Mengeksperimen.

KBKK
-Mengumpul maklumat.
-Menganalisis.

NILAI
-Bekerjasama.
-Mengamalkan kebersihan.
-

Langkah 4
Penutup
( 5 minit )


Rumusan.

1. Berdasarkan dapatan dari perbincangan kumpulan, murid merumuskan bahawa makanan menjadi rosak akibat dari aktiviti bacteria dan kulat.

2. Murid menjawab soalan yang disediakan di dalam lembaran kerja.


BBM
Slaid.
Lembaran kerja.

Refleksi     :  _________________________________________________________________________________________________




No comments:

Post a Comment