Pembuangan bahan buangan yang tidak terancang membawa padah kepada manusia dan mencemarkan alam sekitar. Pembuangan bahan buangan seperti sampah-sarap, tin kosong, botol kosong di merata tempat menyebabkan alam sekitar tercemar. Lalat berkerumun di sampah-sarap yang dibuang di merata tempat. Lalat membawa kuman yang akan menyebabkan kerosakan makanan dan keracunan makanan jika kita makan makanan yang telah dihinggapi lalat. Pesakit keracunan makanan akan muntah-muntah dan cirit-birit.
Tin-tin kosong, botol-botol kosong, tempurung dan tayar lama yang dibuang di merata tempat juga menggalakkan pembiakan nyamuk. Nyamuk aedes membawa penyakit denggi manakala nyamuk tiruk betina menyebabkan penyakit malaria.
Oleh kerana pembuangan bahan buangan membawa kesan buruk kepada kita, kita haruslah membuang bahan ini di tempat yang sesuai.
No comments:
Post a Comment