Wednesday, 5 December 2012

Langkah-langkah mengawal pembuangan bahan buangan.

Kenderaan.

          Memasang sistem ekzos yang telah diubahsuaikan pada kenderaan untuk mengurangkan pembuangan gas-gas beracun dari kenderaan. Memasang alat penukar dalam kenderaan yang boleh menukarkan gas-gas beracun yang dibuang kepada gas-gas yang tidak beracun seperti nirogen, karbon dioksida dan wap air. Kurangkan kandungan plumbum dalam minyak petrol. Menggalakkan orang ramai menggunakan gas petroleum cecair yang tidak mencemarkan udara. Pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mengadakan pemeriksaan ekzos kenderaan. Hukuman denda pada pemilik kenderaan yang didapati mencemarkan udara perlu ditingkatkan.

Kilang-kilang.

          Kilang-kilang perindustrian yang mengeluarkan asap dan gas-gas dikehendaki membina cerobong asap kilang yang tinggi. Pihak berkuasa hendaklah mendenda dan bertindak tegas terhadap pemilik kilang yang mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Mengikut Akta Udara Bersih, kawasan perindustrian mestilah dibina jauh dari kawasan perumahan.

Sampah-sarap.

          Sampah-sarap tidak boleh dibuang ataupun dibakar di merata-rata tempat. Sampah-sarap boleh dibakar di dalam alat-alat tertutup.

Asap rokok.

          Mengadakan kempen-kempen kesedaran dan pameran-pameran anti-merokok melalui anjuran Kementerian Kesihatan bersama beberapa badan tertentu seperti Persatuan Pengguna. Kempen-kempen dan pameran-pameran ini diadakan bertujuan mendidik rakyat tentang kesan-kesan buruk merokok. Pusat-pusat membeli-belah dan pawagam mengingatkan pelanggan-pelanggan supaya tidak merokok. Menghentikan pengiklanan rokok di media elektronik dan media cetak.

Racun perosak.

          Kini, kebanyakkan racun-racun perosak yang berbahaya diharamkan. Penggunaan kawalan secara biologi atau semula jadi untuk mengganti racun-racun perosak perlu diusahakan. Pencemaran udara dapat dielakkan melalui kawalan secara biologi. Contohnya, pemeliharaan burung hantu di kawasan sawah padi untuk menangkap tikus yang merosakkan padi.  

No comments:

Post a Comment

Post a Comment