Wednesday 5 December 2012

Menggunakan semula bahan buangan.

Bahan buangan boleh digunakan semula atau dikitar semula. Dengan itu, bahan buangan dapat dikurangkan dan masalah pencemaran alam yang disebabkan oleh pembuangan bahan buangan ini dapat diatasi. Di samping itu, penggunaan semula bahan buangan juga menjimatkan bahan mentah untuk menghasilkan benda baru.

Cara menggunakan semula bahan buangan.

1. Benda-benda seperti kendi, kotak, beg plastik,kad tebal dan botol boleh digunakan berulang kali. Cara ini adalah terbaik untuk menjimatkan bahan mentah. beg plastik boleh dibasuh, dikeringkan dan digunakan semula berulang kali.

2. Pakaian,alat permainan dan buku lama boleh didermakan kepada pertubuhan kebajikan.

3. Kebanyakkan sampah merupakan pembungkus benda. Mengurangkan pembungkusan akan mengurangkan sampah.

4. Bahan buangan seperti aluminium, keluli, timah, kaca, kertas dan plastik boleh dikitarkan semula melalui beberapa proses digunakan semula.


Mengitar semula bahan buangan.
           
           Kitar semula ialah menggunakan semula benda yang sama ada untuk membuat benda yang sama atau dijadikan sesuatu yang baru, Bahan yang boleh dikitar semula termasuk kertas, plastik, kaca dan logam seperti timah, keluli dan aluminium.
          
          Bahan buangan yangg boleh dikitar semula biasanya dikumpulkan, diasingkan dan dihantar ke kilang-kilang untuk diproses menjadi sesuatu yang berguna. Di kilang, bahan yang perlu dikitarkan itu diuraikan kepada kepingan-kepingan kecil, kemudian melalui beberapa proses kimia supaya bahan itu boleh digunakan semula.


Kepentingan mengitar semula bahan buangan.

1. Membantu persekitaran.
          Kitar semula dapat mengurangkan sisa-sisa yang biasanya dibuang. Pengurangan sisa-sisa ini seterusnya mengurangkan pencemaran air, udara dan tanah. Permintaan untuk bahan mentah mengurang kerana barang boleh dihasilkan daripada bahan buangan. Kurang habitat dimusnahkan oleh aktiviti mencari bahan mentah seperti perlombongan, maka kehidupan organisma tidak terancam.

2. Menjimatkan sumber.
           Mengitar semula bahan buangan untuk membuat barang baru dapat menjimatkan sumber bahan. Sumber bahan tidak habis dengan cepat. Sesetengah sumber seperti minyak dan gas adalah mahal dan tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, kita perlu berjimat semasa menggunakannya. Kalau tidak, sumber-sumber yang berharga ini akan kehabisan dengan cepat.

3. Mengatasi usaha untuk mencari cara membuang sisa-sisa.
          Jumlah sisa yang dihasilkan daripada rumah-rumah bertambah setiap tahun. Jadi usaha untuk mencari cara membuang sisa-sisa ini bertambah sukar. Mengitar semula bahan buangan boleh mengurangkan sisa-sisa dan proses ini boleh mengatasi masalah pembuangan sisa-sisa. Tapak  penimbunan dan pembakaran sampah juga diperlukan juga mengurang.

No comments:

Post a Comment