Thursday, 13 December 2012

GEMPA BUMI





1. Gelinciran berlaku apabila kerak bumi mengalami ketegangan yang kuat dan permukaan bumi ini retak.

2. Gempa bumi akan berlaku apabila lapisan bumi bergerak serta-merta pada gelinciran sama ada ke atas atau ke bawah. Lapisan batu-batan juga jatuh daripada kedudukan asal.

3. Gempa bumi yang berlaku di dasar laut boleh mengakibatkan gelombang-gelombang besar yang dinamakan "tsunami".

4. Seismograf ialah alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur kekuatan gegaran gempa bumi.

5. Gempa bumi juga boleh berlaku akibat berlakunya letupan gunung berapi yang kuat.

6. Gempa bumi mengancam nyawa manusia, haiwan serta kemusnahan harta benda.

7. Gempa bumi yang berlaku di Guatemala, Amerika Selatan merupakan gempa bumi paling dahsyat yang pernah berlaku.

8. Gempa bumi ini berlaku pada 4 Februari 1976 dan mengorbankan lebih kurang 100 000 nyawa.

9. 'Lingkaran Api Pasifik' ialah kawasan yang mengalami gempa bumi.

10. Jepun, China, India, Indonesia dan Filipina ialah negara-negara Asia yang pernah mengalami gempa bumi.

1 comment: