Thursday 13 December 2012

GEMPA BUMI





1. Gelinciran berlaku apabila kerak bumi mengalami ketegangan yang kuat dan permukaan bumi ini retak.

2. Gempa bumi akan berlaku apabila lapisan bumi bergerak serta-merta pada gelinciran sama ada ke atas atau ke bawah. Lapisan batu-batan juga jatuh daripada kedudukan asal.

3. Gempa bumi yang berlaku di dasar laut boleh mengakibatkan gelombang-gelombang besar yang dinamakan "tsunami".

4. Seismograf ialah alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur kekuatan gegaran gempa bumi.

5. Gempa bumi juga boleh berlaku akibat berlakunya letupan gunung berapi yang kuat.

6. Gempa bumi mengancam nyawa manusia, haiwan serta kemusnahan harta benda.

7. Gempa bumi yang berlaku di Guatemala, Amerika Selatan merupakan gempa bumi paling dahsyat yang pernah berlaku.

8. Gempa bumi ini berlaku pada 4 Februari 1976 dan mengorbankan lebih kurang 100 000 nyawa.

9. 'Lingkaran Api Pasifik' ialah kawasan yang mengalami gempa bumi.

10. Jepun, China, India, Indonesia dan Filipina ialah negara-negara Asia yang pernah mengalami gempa bumi.

Wednesday 12 December 2012

GEISER








1. Geiser ialah pancutan air panas dan wap air panas.

2. Geiser biasanya terdapat di kawasan gunung berapi.

3. Air di bawah tanah dipanaskan oleh batu-batan di sekitarnya sehingga mendidih.

4. Tekanan tinggi di bawah tanag (kawasan gunung berapi) menyebabkan air dan wap air panas terpancut dari bumi.

GUNUNG BERAPI






1. Terdapat tiga jenis gunung berapi :-

    a) gunung berapi hidup
        Gunung berapi jenis ini akan meletup pada waktu-waktu tertentu.

    b)gunung perapi pendam
       Gunung barapi pendam hanya meletup setelah sekian lama tidak aktif.

    c)gunung berapi mati
       Gunung berapi jenis ini tidak akan meletup lagi. Contohnya, Gunung Fuji di Jepun.

2. Terdapat pepejal, cecair dan gas yang sangat panas di bawah kon gunung berapi.

3. Pepejal, cecair dan gas ini dikenali sebagai magma.

4. Magma akan keluar melalui saluran utama yang dipanggil lohong, semasa gunung berapi meletup.

5. Magma yang keluat di permukaan buni dikenali sebagai lava.

6. Lapisan lava yang mendap dan membeku lama-kelamaan membentuk kon gunung berapi.

Monday 10 December 2012

KITARAN HIDUP HAIWAN


Lipas




Kitaran hidup seekor lipas adalah sebagaimana berikut: 

- Telur dikeluarkan dalam satu sarang telur. Sarang telur ini mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur. 
- Daripada sarang telur itu, muncul lipas muda ( nimfa ). 
- Nimfa bersalin kulit beberapa kali. 
- Akhirnya, nimfa itu menjadi lipas dewasa. 
- Kitaran hidup berterusan apabila lipas dewasa bertelur.�

KITARAN HIDUP HAIWAN


Kitaran Hidup Nyamuk – Metamorfosis Nyamuk

(‘Life Cycle of a Mosquito – Mosquito Metamorphosis’)


Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap; nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasaKitar hidup lengkapnyamuk mengambil masa sebulan.
(‘Mosquitoes undergo complete metamorphosis; they go through four distinct stages of development during a lifetime. The four stages are egg, pupa, larva, and adult. The full life-cycle of a mosquito takes about a month.’)

Telur ; Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok ('kelompok telur berbentuk rakit’) telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih yang terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir amat perlahan.
(‘Eggs: After drinking blood, adult females lay a raft of 40 to 400 tiny white eggs in standing water or very slow-moving water.’)

Larva : Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva (atau dipanggil jentik – jentik) yang mana ia bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan airLarva memakan bahagian kecil bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka; selepas pembentukan keempat, ia dipanggil sebagai pupa.
(‘Larvae: Within a week, the eggs hatch into larvae (sometimes called wrigglers) that breathe air through tubes which they poke above the surface of the water. Larvae eat bits of floating organic matter and each other. Larvae molt/mould four times as they grow; after the fourth molt, they are called pupae.’)

Pupa : Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.
(‘Pupae: Pupae (also called tumblers) also live near the surface of the water, breathing through two horn-like tubes (called siphons) on their back. Pupae do not eat.’)

Nyamuk dewasa Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulitterbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.
(‘Adult: An adult emerges from a pupa when the skin splits after a few days. The adult lives for only a few weeks.’)

KITARAN HIDUP HAIWAN



Kitaran Hidup Katak – Metamorfosis katak

(‘Life Cycle of a Frog – Frog Metamorphosis')


Peringkat 1 (‘Early stage’)
Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untukmemastikan kemandirian hidup spesisnya.
(‘Frogs lay their eggs in water or wet places. A floating clump of eggs is called frog spawn. The large and slippery mass of eggs are too big to be eaten. This is nature's way of protecting them.’)

Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapihanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.
(‘The egg is surrounded by a jellylike and slippery covering, which protects the egg. The female may or may not stay with the eggs to take care of the young after she has laid them. The egg slowly develops. But, only a few develop into adults. Ducks, fish, insects, and other water creatures eat the eggs.’)

Sel telur membahagi
(‘The Cell Splits’)


Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel.
(‘The single cell in the egg eventually splits into two. These two split making four cells, and so on. Eventually, there are many cells in the egg.’)

Embrio
(‘The Embryo’)


Sel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk.
(‘The mass of cells in the egg come to form an embryo. Organs and gills begin to form.’)

Peringkat 2 (‘Second stage’)
Berudu
(‘The Tadpole’)


Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.(‘After its 21 day development period, the embryo leaves its jelly shell, and attaches itself to a weed in the water. This quickly becomes a tadpole. The tadpoles grow until they are big enough to break free into the water. This can take from 3 days to 3 weeks. They eat very small plants that stick to larger plants in the water. These tiny plants are called algae.’)

Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.
(‘The tadpole has a long tail, and lives in the water. It is extremely vulnerable, and must rely on its camouflage to protect it. The tadpoles also face danger by being eaten by other water animals. Sometimes the pond dries up. As a result the tadpoles die.’)

Peringkat 3 (‘Third stage’)
Berudu mula berubah
(‘The Tadpole Begins To Change’)


Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
(‘After about five weeks, the tadpole begins to change. It starts to grow hind legs, which are soon followed with forelegs. Behind their heads bulges appear where their front legs are growing. Their tails become smaller. Lungs begin to develop, preparing the frog for its life on land.’)

Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.
(‘Now and then, they wiggle to the surface to breathe in air. The tail helps the tadpole to swim around and catch food. They eat plants and decaying animal matter.’)

Peringkat 4 (‘Fourth stage’)
Hampir menjadi katak
(‘Almost There . . .’)


Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Iamenanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.
(‘Over time, the tadpole becomes even more froglike. They have shed their skin. Its mouth widens, and it loses its horny jaws. The tail becomes much smaller, and the legs grow. The lungs are almost functioning at this point.’)

Peringkat akhir (‘Final stage’)
Katak
(‘The Frog’)


Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam airKatak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.
(‘Eleven weeks after the egg was laid, a fully developed frog with lungs, legs, and no tail emerges from the water. This frog will live mostly on land, with occasional swims. The tiny frogs begin to eat insects and worms. Eventually, it will find a mate. The female lays the eggs, the male fertilizes them, and the whole process begins again.’)

KITARAN HIDUP HAIWAN


Lalat rumah



Definisi

Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.


Kitar hidup. 

Seekor lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat untuk mencapai kitar hidup yang sempurna. Perkembangannya bermula daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan mantap. Masa ini dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.

Telur yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa yang dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan pada musim panas.